✅ Mengandungi Ekstrak Durian Sebenar - Bukan perisa tiruan
✅ Aroma Durian Yang Kuat - Wangi seperti durian segar
✅ Rasa Kaya & Berkrim - Rasa durian pekat dengan sentuhan kopi
✅ Tanpa Gula Tambahan - Sesuai untuk gaya hidup sihat
✅ 3 sachet dalam satu kotak - Setiap sachet 25gm .

Durian Musang King sangat mahal di seluruh dunia kerana rasanya yang khas. Isinya yang berwarna kuning pucat mempunyai rasa manis dan pahit yang seimbang. Teksturnya lembut seperti "custard" dan disukai ramai peminat Durian di seluruh dunia.
Durian Musang King ini ditanam di kawasan terpilih di Malaysia, dengan penjagaan yang rapi dari pokok hingga ke buah. Hanya ektrak durian terbaik yang dipilih melalui proses yang teliti untuk menghasilkan Kopi DMK yang kaya dengan rasa dan aroma yang luar biasa.
Kami menggunakan kopi Arabika terbaik dan berkualiti tinggi. Hanya kopi yang lulus Pemeriksaan Kualiti akan digunakan dalam campuran Kopi Durian Musang King.
Mengunakan formulasi khas kami, kami satukan rasa Musang King dengan campuran Arabika. Hasilnya adalah gabungan sempurna yang mengekalkan ciri-ciri terbaik kedua-dua bahan.
Tidak seperti kopi pra-campuran biasa, Kopi Durian King ini tiada gula tambahan,dan mengekalkan rasa asli Durian Musang King dan Arabika untuk mengekalkan rasa DURIAN yang tulen.

Kopi DMK membuat kopi segera biasa jadi istimewa. Setiap paket kecil sudah diukur dengan tepat. Hanya perlu air panas untuk nikmati rasa penuh campuran kopi Arabica dan durian kami.
Walaupun mudah, rasa Durian tetap hebat. Anda boleh nikmati kopi durian ini di rumah, dalam perjalanan, atau di pejabat. Setiap paket memberi rasa yang sama enak setiap kali.
"Kopi DMK gabungkan cara lama dan baru - membawa buah istimewa Malaysia kepada peminat kopi dengan cara mudah dan asli." – Pakar Makanan

RASA DURIAN ASLI
Saya suka bau kopi ni yang kuat durian Musang King. Sedap diminum waktu pagi tak perlu tambah gula pun.
Khairul, 40

KOPI EKSOTIK UNTUK TETAMU
Saya hidangkan ke hadapan tetamu, semua puji aroma dan rasa durian – tanpa gula pun sedap.
Amirul , 28

SEDAP DAN NIKMAT
Setiap hirupan beri rasa tenang. Rasa unik kopi dan durian buat saya rasa puas sepanjang pagi.
Faridah, 35

AROMA DURIAN KING
Kombinasi yang "power" - Aroma durian asli dan rasa kopi yang "balanced" - Rasa cukup manis.
Lim FK, 38

BAU DAN RASA SEDAP
Saya sangat suka Kopi Durian Musang King ini. Gabungan kopi dan durian yang unik, sangat enak. Kawan kawan semua berminat.
Rahman, 42

RASA DURIAN PEKAT
Minum kopi ni selepas penat kerja memang syok. Rasa durian yang pekat dan kopi yang mantap. Sangat sesuai untuk penggemar durian!
Siti, 30
Jadikan DMK sebagai hadiah "premium" atau cenderahati eksklusif untuk para tetamu dari dalam dan luar negara. Pilihan yang sempurna untuk meraikan momen istimewa dengan sentuhan rasa yang unik dan mewah.
Kopi Durian Musang King kini dijual di seluruh dunia melalui platform eCommerce terkenal seperti Amazon dan eBay. Ia telah menarik minat pembeli dari USA, UK, Australia, China, dan Cambodia. Ramai pelanggan antarabangsa memilih kopi ini kerana rasa unik durian sebenar dan kualiti premium yang sukar didapati di tempat lain.

Di Restoran MAMAK (Michelin Bib), Guangzhou, China

MICHELIN Guide
Mamak – Guangzhou - a MICHELIN Guide Restaurant
Mamak – a Bib Gourmand: good quality, good value cooking restaurant in the 2025 MICHELIN Guide Guangzhou. The MICHELIN inspectors’ point of view, information on prices, types of cuisine and opening hours on the MICHELIN Guide's official website
Kopi DMK dihasilkan dalam jumlah terhad, menjadikannya pilihan istimewa untuk koleksi makanan gourmet anda. Setiap bungkusan mempunyai nombor dan tarikh khas. Pembungkusannya bukan sahaja melindungi kopi, tetapi juga menambah nilai kepada dapur anda.
Berikan tetamu anda pengalaman kopi yang unik. Kopi DMK mencipta kenangan indah dan menjadi bahan perbualan menarik. Ia sangat sesuai dihidangkan selepas jamuan makan yang istimewa.
Tambahkan Kopi DMK dalam koleksi perisa istimewa anda. Keunikan Malaysia ini membawa dimensi baru kepada dunia kopi - menggabungkan inovasi dengan tradisi. Setiap cawan mengajak anda meneroka potensi kopi yang luas.
Campuran premium kopi Arabica dan ekstrak asli Durian Musang King. Menawarkan rasa yang kaya dan berkrim dengan aroma durian yang kuat.
✅ Tiada gula tambahan
✅ Sesuai untuk peminat durian dan pencinta kopi yang suka mencuba sesuatu baru
1 Kotak = 3 sachet
Setiap sachet = 25g
Menghantar ke: USA, UK, Australia, China, Cambodia
🚚 3-5 hari bekerja (Semenanjung Malaysia)
🚚 5-7 hari bekerja (Sabah & Sarawak)


Produk ini mengandungi Krimer Bukan Tenusu (Sirap Glukosa), Lemak Sayuran Terhidrogen, Natrium Kaseinat (Protein Susu), Penstabil yang dibenarkan (INS340ii, INS451), Pengemulsi (INS481, INS471, INS1450), Ejen Anti-Pengerakan (INS551), Serbuk Kopi Segera, Maltodekstrin, Perisa Durian, Ekstrak Durian, Garam dan Sukralosa.
DIEM Duroil boleh didapati di reseller terpilih di seluruh Malaysia dan juga secara dalam talian melalui laman web rasmi kami atau platform e-dagang utama.
Jaminan Penghantaran
DIEM Duroil menawarkan penghantaran PERCUMA ke seluruh Malaysia untuk semua pesanan. Tempoh penghantaran biasanya mengambil masa 3-5 hari bekerja untuk Semenanjung Malaysia dan 5-7 hari bekerja untuk Sabah & Sarawak.
Setiap pesanan akan diproses dalam masa 24 jam pada hari bekerja dan nombor penjejakan (Tracking) akan dihantar kepada anda melalui WhatsApp atau SMS sebaik sahaja pesanan dihantar.
Jika anda tidak menerima pesanan dalam tempoh masa yang dinyatakan, sila hubungi kami dan kami akan menyelesaikan masalah anda dengan segera. Kepuasan anda adalah keutamaan kami!
Soalan Lazim (FAQ) Kopi Durian Musang King
Ciri-ciri produk Kopi Durian Musang King: